November 24, 2008

Rumah kediaman sebagai indikator sosioekonomi












Pendapatan isi rumah adalah indikator yang sering digunakan untuk mengukur keadaan sosioekonomi sesebuah unit keluarga. Dapatan daripada ukuran ini kemudiaannya dibandingkan dengan tahap diperingkat unit politik yang lebih luas seperti negeri, negara, negara-negara sedang membangun dan sebagainya.

Soalnya adakah pendapatan memadai untuk menceritakan segala-galanya?

Jika persoalan pembangunan hanya terfokus kepada pembangunan ekonomi, kadar pendapatan agak lengkap untuk menunjukkan tahap sosioekonomi seseorang. Namun begitu, memfokuskan kepada ekonomi semata-mata bermaksud mengabaikan komponen "sosio". Dengan lain perkataan ukuran pendapatan belum memadai untuk mendapatkan gambaran yang lebih tepat.

Sebagai misalannya, dalam kelompok masyarakat yang rata-ratanya berpendapatan rendah, keadaan dan struktur fizikal kediaman mampu menceritakan dengan lebih lengkap keadaan sosioekonomi sesebuah keluarga.

Gambar-gambar di atas mengilustrasikan perkara ini.

2 comments:

Anonymous said...

Menarik. Dlm kajian sosio-ekonomi, keadaan fizikal rumah mampu menceritakan sesuatu ttg tahap sosio-ekonomi penduduk. Memang ada gambaran di situ oleh kerana melalui pandang fizikal kita dpt mengkategorikan secara hierarki iaitu berdasarkan rupabentuk, saiz, keadaan dan jenis kediaman.

Anonymous said...

rindu panggilan pulau banggi