October 17, 2008

"Objektif" dalam penyelidikan.

Ada dua makna istilah "objektif" di dalam aktiviti penyelidikan.

Pertama: "Objektif" merujuk kepada sikap penyelidik dalam melakukan penyelidikan khususnya di dalam soal seperti pemilihan kata-kata untuk temubual, pemilihan responden, membuat penilaian, melakukan evaluasi, dan penulisan perbincangan. Sikap ini merujuk kepada keupayaan pengkaji untuk mengenepikan nilai-nilai etnocentrik, bias, prejudis dan generalisasi dalam menjalankan penyelidikan. Di dalam penulisan hasil penyelidikan misalnya, pengkaji yang objektif adalah pengkaji yang dapat melaporkan sesuatu penemuan berdasarkan data yang diperolehi dan berdasarkan kefahaman yang jitu terhadap sesuatu perkara tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor yang tidak bersifat akademik.

Kedua: "Objektif" merujuk kepada "objektif kajian". Objektif kajian merujuk kepada sasaran sesuatu kajian itu dilakukan. Apa yang ingin dicapai oleh kajian itu? Perkara ini kelihatan remeh tetapi cuba perhatikan beberapa sampel objektif kajian berikut yang pernah bertandang ke meja saya dalam bentuk proposal penyelidikan;

Objektif kajian

1. Mengkaji....di...xxxx
2. Menulis sebuah latihan ilmiah...
3. Melihat....upacara...xxx
4. Mencari....
5. Meninjau...

Kenapa permulaan-permulaan ayat ini bukan suatu objektif kajian? Kita lihat satu persatu.

"Mengkaji" adalah bukan objektif kajian. Tapi sebab aktiviti "mengkaji" itu dibuat adalah objektif kajian yang sebenar. Begitu juga dengan "melihat", "mencari" dan "meninjau". Semua ini bukan objektif kajian. Tetapi tujuan pengkaji melihat, mencari dan meninjau adalah objektif kajian. Misalnya mencari maklumat tentang demografi penduduk adalah bukan suatu objektif tetapi apa yang pengkaji akan lakukan dengan maklumat demografi penduduk selepas diperolehi adalah objektif kajian. Perkataan-perkataan ini adalah proses ke arah mencapai sesuatu objektif penyelidikan. Meninjau adalah satu proses untuk memahami keadaan sesuatu kawasan atau isu. Oleh itu objektif "meninjau" adalah untuk "memahami" dan "mengetahui" keadaan sesuatu. Objektif kajian adalah hasil daripada proses dan bukan proses itu sendiri.

Apabila anda keluar rumah untuk ke pasaraya, objektif anda adalah untuk sampai ke pasaraya. Proses anda ke sana samada secara berjalan kaki, berlari, menaiki bas, teksi dan sebagainya adalah proses. Sudah pasti berjalan kaki ke pasaraya adalah bukan objektif anda melainkan anda menggunakan pasaraya itu sebagai sasaran untuk tujuan anda bersenam dengan berjalan kaki. Dalam kes ini, objektif anda ke pasaraya ialah berjalan kaki atau bersenam.

Menulis latihan ilmiah/tesis adalah jelas sekali bukan objektif kajian.

October 16, 2008

Attention to post graduate students!

Sesuai dengan tema penyelidikan blog ini, di sini saya paparkan pengisian program mingguan pelajar pasca (penyelidikan) di sebuah universiti di luar negara. Seminar ini didapati sangat membantu pelajar dalam semua peringat penulisan. Topik-topik mingguan adalah dipilih atau ditentukan oleh pelajar sendiri sesuai dengan keperluan kumpulan dan individu. Terdapat juga ruangan untuk berkongsi pengalaman dengan pelajar yang lebih senior.

Apa yang menarik ialah, topik-topik yang disenaraikan ini sebenarnya perkara-perkara yang mesti diketahui oleh pelajar sebagai langkah persediaan dalam semua peringkat penyelidikan.


--------------------------------
DEPARTMENT OF ANTHROPOLOGY AND DICE RESEARCH STUDENT GROUP

PREPARATION, ANALYSIS AND WRITING (PAW) SEMINAR

Autumn Term 2008 Programme


Wednesday, 16.00-18.00 Hours; Stirling Library (unless otherwise indicated)

Week 1: Induction (with Masters students): to be arranged

Week 2 Introduction to doing a PhD: Getting started, meeting your peers,
relationships with supervisors.

Week 3 Organisation, time management and planning

Week 4 Nuggets of wisdom from post-fieldwork students: how to survive a PhD

Week 5 Organisation in the field: equipment and data management

Week 6 How to manage qualitative data: NVivo

Week 7 ‘Back from the field’ reports from post-fieldwork students

Week 8 Developing your research proposal

Week 9 Applying for funding

Week 10 Informal presentations / discussions on planned research of new research students

Week 11 Informal presentations / discussions on planned research of new research students

Week 12: no session or ‘informal preparation for holiday’!



Helen Newing
David Zeitlyn

October 15, 2008

Kaedah Mana Yang Lebih "Destructive"?



Post ini merujuk semula kepada posting saya yang lebih awal bertajuk, Teknik Tradisional untuk tanaman komersil. Dalam post awal itu saya menyebut kaedah yang sering disarankan untuk menanam getah di kawasan berbukit memberikan impak negatif yang lebih buruk kepada alam sekitar.

Di sini dipaparkan kedua-dua kaedah tersebut untuk memberikan peluang kepada para pembaca untuk membuat penilaian sendiri.

Kedua-dua gambar ini menunjukkan bagaimana pokok getah ditanam oleh pekebun kecil yang menggunakan kaedah tebang dan bakar (gambar atas), manakala gambar bawah pula ialah teknik yang digunakan oleh pekebun besar yang menggunakan kaedah tolak dan teres.

Adakah gambar ini sudah cukup untuk menjawap persoalan ini atau perlukan kita melakukan ujian kadar hakisan dan pencemaran air?

October 14, 2008

Dulu "traditional" sekarang "Self-reliance"



Amalan bercucuk tanam secara kecil-kecilan oleh masyarakat di luar bandar sering dikritik sebagai satu punca kepada masalah kemiskinan dan kemunduran mereka. apa tidaknya, penanamana kecil-kecilan ini dikatakan bukan sahaja kurang produktif tetapi satu kegagalan untuk memanfaatkan tanah yang luas. Selain itu, tanaman kecil-kecilan seperti ini juga dikatakan tidak mencapai tahap ekonomi komersil yang menekankan pengeluaran berskala besar untuk memenuhi tuntutan pasaran.

Krisis harga makanan yang sedang melanda dewasa ini membuktikan bahawa kritikan ini gagal mengambilkira kepentingan tanaman kecil-kecilan ini sebagai satu sumber makanan yang penting dalam menghadapi kegawatan ekonomi mahupun semasa keadaan ekonomi yang baik. Amalan seperti ini menyediakan jaring keselamatan yang boleh menyerap risiko kekurangan makanan pada masa kegawatan ekonomi serta menjadi bonus pada masa keadaan ekonomi yang baik.

Laporan akhbar the Star menceritakan isu ini lebih lanjut. (http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/13/southneast/2186386&sec=southneast

Monday October 13, 2008
Rural community addresses food issue in its own way
By HILARY CHIEW

MIRI: Along the banks of the Baram river, the private houses and government quarters in the interior town of Long Lama are brightened by the green backdrop.
It’s not only soothing to the eyes but these green patches also provide food security for around 2,000 inhabitants of the town.
The rural community, located about 140km from here, made up of mainly the ethnic Kayan, are putting the land surrounding their houses to good use by growing paddy.
Sight for sore eyes: Many people in the rural area are resorting to growing their own paddy.
Subsistence farming had always been practised by rural folks but this year it gained renewed importance - all in response to the recent food price hike.
A bag of 5 kilo rice that used to be sold at RM10 had shot up to RM25 in the interior of Sarawak compared to RM21 in the city.
Poor rural folks are paying a higher price for food items than urban families due to the transportation costs.
Healthy: Besides paddy, Lajo grows greens, bean, rows of chilly plant, tapioca and fruit trees.
At Jane Lako’s garden, there are young paddy saplings, leafy vegetable and beans plots, rows of chilly plant, tapioca and numerous fruit trees.
In fact, her little ‘food’ garden is not unique in Long Lama. Most of her neighbours are doing the same.
“I hardly buy any vegetables from the market these days.
“My family eats the leafy greens and beans that are grown in my garden.
“In this way, I can cut down my food bill considerably and the savings can go to other expenses like petrol and school expenses,” said the mother of five children aged 16-year-old to eight-month-old.
The Penan lady from Long Spigen, Ulu Baram, who is married to a Kayan moved to Long Lama from Marudi early this year.
Alternative: People from the interior Long Lama grow corn, tapioca and beans in their house compounds.
And the first thing she did was approach her neighbour and ask for rice seeds.
“They sold me about 2 kilo of seeds at RM10.
“After this season, I’ll be able to save my own rice seeds for next year planting,” said the 37-year-old enthusiastically.
She will soon transplant the saplings to a semi-submerged patch in one corner of the garden and wait for harvest time next February

October 07, 2008

Rumah Panjang Rungus Semakin Pendek




Masyarakat Rungus masih terkenal dengan kekuatan institusi sosialnya. Amalan tinggal di rumah panjang adalah simbol kepada kekuatan ini.


Pada hari ini, rumah panjang turut dipromosikan sebagai satu tarikan pelancong dan gambaran ini memperkuatkan lagi imej kekuatan institusi sosial ini.


Masih banyak lagi kampung-kampung mengekalkan rumah panjang mereka. Namun demikian hakikatnya, amaln tinggal di rumah panjang semakin kurang digemari khususnya oleh generasi muda.


Gambar yang dipaparkan di sini merupakan satu fenomena yang biasa berlaku pada hari ini. adakah fenomena rumah panjang yang putuis ini adalah gambaran keruntuhan struktur sosial masyarakat Rungus atau sebagai satu jawapan masyarakat Rungus kepada pengaruh modernisasi dan pembangunan?
Hanya kajian yang jitu akan menjawab persoalan ini.


October 03, 2008

Likert Scale untuk Cabaran Berjalan Kaki!!!








Apabila anda mula memikirkan kerja lapangan, anda juga harus bersedia untuk berjalan kaki. Pada umumnya, kerja lapangan yang dilakukan di luar bandar memerlukan lebih banyak berjalan kaki berbanding dengan di bandar. Mengetahui lebih awal tahap cabaran laluan yang bakal dilalui akan membolehkan penyelidik membuat persediaan fizikal, mental dan kelengkapan untuk mengurangkan risiko yang tidak diingini daripada berlaku.




Berikut ialah tahap cabaran ala likert scale yang saya buat berdasarkan sedikit pengalaman berjalan kaki.




Tahap dan Ciri-Ciri


Tahap 0 : Perjalanan yang biasa dilalui seharian seperti ke bilik kuliah, jalanraya, ke supermarket. laluan perjalanan adalah seperti jalanraya, lorong berjalan kaki, kaki lima, koridor, tangga. Kelengkapan? semua boleh termasuk berkaki ayam!


Tahap 1 : Apabila anda ketinggalan bas dan terpaksa berjalan kaki pulang ke kampus/kolej kediaman!


Tahap 2 : Laluan adalah jarang digunakan, mungkin ada sedikit semak samun, lopak air dan lumpur di sana sini. Jika ada jalan raya berdekatan, jalanraya itu mungkin dipanggil jalanraya dua musim. Walau bagaimanapun kemungkinan akan sesat jauh sekali kerana rumah-rumah kediaman masih kerap kelihatan. Kenderaan bermotor agak biasa.


Tahap 3(a): Laluan adalah jarang digunakan. Hampir tiada kenderaan bermotor melalui laluan ini. Jalan balak dan jalan denai bercampuraduk. Setengah laluan telah ditumbuhi dengan rumpai. Rumah kediaman mungkin kelihatan selang sebatu. Mungkin perlu menyeberangi satu atau dua sungai dengan jambatan gantung atau berakit serta perjalanan berbukit bukau. Jika bernasib baik, ada SMS diterima di beberapa lokasi.


Tahap 3 (b): Sama seperti 3 (a) tetapi tahap ini lebih mencabar dengan laluan yang lebih panjang, menyeberang sungai deras tanpa jambatan, ada risiko dihanyutkan air sungai, terdapat gangguan serangga seperti pacat. Pendakian yang agak tinggi. Hampir tiada rumah kediaman dilalui sepanjang perjalanan. Tiada kenderaan bermotor.


Tahap 4 : Laluan berbukit dengan pendakian yang tinggi, mungkin tergelincir beberapa kali. Menyeberang sungai deras adalah rutin perjalanan. Laluan berpacat dengan kadar gigitan 20 bagi setiap 10 inci persegi permukaan kulit. Stokin pacat disyorkan termasuk kepada penduduk tempatan. Ada laluan yang jelas walaupun jarang digunakan tapi lebih baik menggunakan guide tempatan.


Tahap 5 : Laluan yang tidak jelas sama sekali. Lebih sesuai dikatakan laluan berburu. Risiko sesat sangat tinggi kecuali dengan bantuan penduduk tempatan. Banyak turun-naik yang curam dan aktiviti menyeberang sungai. Jika perjalanan agak jauh, peralatan yang akan dibawa termasuk kelengkapan untuk bermalam dihutan seperti khemah, bekalan makanan, ubat-ubatan. Pacat jangan ceritalah....Tahap 5 adalah khas untuk mereka yang mencapai tahap Xtreme Sahaja!


Lebih tinggi daripada Tahap 5 ini akan membawa anda ke Tahap 1 untuk pendakian gunung!

Ekonomi Moral atau Ekonomi Politik? : Kajian Kes Di Kg. Luanti, Ranau





Pada tahun 1998, saya berpeluang untuk menjadi pembantu penyelidik kepada Mr Heiko Schultz dan Dr. Suriani Suratman dalam salah satu penyelidikan mereka di Kg. Bavanggazo, Kudat Sabah. Penyelidikan ini bertajuk Community Enterprises in the Tourist Sector: the Case Study of Kg. Bavanggazo. Pada hari ini, Kg. Bavanggazo terkenal sebagi Pusat Pelancongan yang menawarkan pakej penginapan di dalam rumah panjang suku kaum Rungus.





Pada masa penyelidikan itu dibuat, penglibatan penduduk tempatan dalam aktiviti pelancongan itu baru berusia 6 tahun (bermula pada 1992). Kajian mendapati, penduduk tempatan masih dalam proses menyesuaikan peranan sosial mereka dalam usaha menyerap unsur-unsur kapitalisme dalam perhitungan kehidupan harian mereka. Penulisan lanjut mengenai penyeldikan itu boleh dibaca dalam buku Heiko Schulze and Suriani Suratman, 1999 terbitan Universiti Malaysia Sabah. Kajian ini merupakan antara literatur asas setiap kali penyelidikan mengenai pelancongan dan kaum Rungus menjadi fokus.





Pengalaman saya bermalam di Kg Luanti Ranau baru-baru ini menggamit kenangan menjadi pembantu penyelidik 10 tahun sebelumnya.





Kg. Luanti terletak 15 Km dari Pekan Ranau dan hanya 0.5 km dari simpang masuk ke Sabah Meh. Sebuah perkampungan Orang Dusun, lebih kurang 75% penduduknya beragama Islam dan selebihnya Kristian. Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian terutama sekali buah-buahan dan ramai juga yang bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta.





Namun aktiviti ekonomi terbaru yang sedang rancak di kampung ini datang daripada Sungai Moroli yang mengalir di tengah-tengah kampung. Sejak enam tahun yang lalu, penduduk kampung mengambil keputusan untuk menagal (maksudnya: melarang pengambilan sebarang hidupan air dengan menggunakan penguatkuasaan adat tempatan sekiranya tidak dipatuhi. Biasanya larangan ini dilonggarkan selama sehari sahaja dalam setahun. Pada waktu inilah seluruh penduduk akan 'menuai' hasil ikan yang boleh mencecah ratusan kilogram). Uniknya tagal di sini ialah, selepas menyedari potensi pelancongan sungai dan ikan, penduduk kampung telah bersepakat untuk bukan sahaja membiarkan hidupan air membesar di sungai itu, tetapi juga bertindak lebih jauh dengan menjinakkan hidupan air terutama ikan Pelian atau Kelah. Umum mengetahui bahawa ikan ini adalah liar dan sukar diternak di tempat terkawal seperti kolam dan akuarium.





Pada hari ini, ikan kelah ini boleh dibelai seperti kucing peliharaan. Pelancong dikenakan bayaran RM 3.00 untuk masuk ke kawasan sungai dan bayaran tambahan RM10.00 untuk mandi bersama ikan ini selama 30 minit. Terdapat juga penginapan (RM60.00 semalam) yang dibuat daripada bahan-bahan tradisional dengan kemudahan asas yang mencukupi. Pengunjung juga boleh mandi di luar kawan lubuk ikan secara percuma.





Persoalan akademik yang menuntut penyelidikan lebih lanjut khususnya dari kalangan pelajar Sosiologi Luar Bandar, Pelancongan, Sosiologi Alam Sekitar, Pembangunan dan Ekologi Manusia sudah tentu banyak.





Namun persoalan asas di sini ialah bagaimanakah proses perubahan ekonomi ini membawa impak kepada kekuatan atau solidarity masyarakat di sini. Dalam keadaan yang biasa, pengaruh ekonomi pasaran akan menyebabkan masyarakat bersikap individualistik dan mula membelakangkan komuniti - apa yang dikatakan oleh Durkheim sebagai peralihan daripada mechanical solidarity kepada organic solidarity. Fenomena perubahan seperti ini adalah biasa berlaku.





Namun dalam kes Kg. Luanti keadaan yang unik berlaku. Untuk membolehkan mereka mengambil bahagian dengan lebih aktif dalam ekonomi pasaran (sektor pelancongan), anggota-anggota masyarakat mereka harus mengukuhkan kekuatan masyarakat mereka kerana hanya melalu kerjasama seluruh masyarakat yang akan membolehkan sumber sungai (yang merupakan milik komuniti) akan terpelihara. Bayangkan jika ada seorang individu bertindak sendirian untuk mengeksploitasi sumber sungai itu?





Jika apa yang dipaparkan di sini terbukti benar, penyelidik bakal menemukan proses sosial yang unik dalam melihat kesan pasaran terhadap masyarakat dan bagaimana masyarakat tempatan mengadaptasi amalan tradisional dalam menghadapi era komersialisasi.



Sebagai makluman, sudah ada beberapa penyelidikan pernah dibuat di kampung ini termasuk UMS. Penyelidik perlu menyiasat perkara ini terlebih dahulu sebelum memulakan penulisan cadangan penyelidikan. Jika isu yang dipaparkan di sini belum ditulis, penyeldikan anda bakal menjadi rujukan akademik untuk kawasan ini pada masa-masa akan datang.

artikel dari laman-laman berikut boleh di baca mengenai tagal di Kg. Luanti

http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2007/5/19/lifefocus/17628259&sec=lifefocus