November 05, 2008

Projek Penyelidikan di P. Banggi


Mesej ini khusus untuk pelajar-pelajar yang pernah terlibat dalam penyelidikan sosioekonomi di Pulau Banggi pada bulan May 2008. Sukacita saya umumkan bahawa penyelidikan ini telah selesai...selesai dalam ertikata laporan akhir sudah diserahkan dan telah di bentangkan sebanyak tiga kali - sekali di peringkat Jawatankuasa Pengurusan FELCRA dan dua kali di peringkat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).


Kesemua lapan cadangan yang dikemukakan berdasarkan penyelidikan tersebut telah diterima dengan baik oleh pihak berkenaan. Mereka mengucapkan syabas dan tahniah kepada kita semua.


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang telah terlibat dalam penyelidikan ini. Saya harap pengalaman yang dilalui sepanjang penyelidikan ini membekalkan sedikit input berguna dalam anda menempuh liku-liku kehidupan selepas May 2008. Saya juga mohon maaf diatas segala kelewatan pembayaran elaun dan apa-apa kesilapan dan kesalahan yang tidak sengaja dan disengajakan.


Masih ada beberapa pelajar yang belum menuntut sijil, sila hantarkan alamat supaya usaha mengepos boleh dilakukan dengan segera.


Gambate!!!

9 comments:

Anonymous said...

pengalaman di pulau banggi adalah pengalaman yang bermakna...
dan semoga semua rakan2 berjaya menempuh kehidupan harian...

Anonymous said...

pengalaman di pulau banggi sukar dilupakan walau ada orang yang mahu pengalaman itu dilupakan. bagaimana nak melupakan kecuali kamu tahu apa yang kamu ingin lupakan...masalahnya kalau kamu tahu apa yang kamu nak lupakan...kamu masih ingat lagi. Kalau kamu tak ingat atau tak tau apa yang nak dilupakan, maksudnya kamu dah berjaya melupakannya....

Anonymous said...

hehe..rindu lah dengan kawan-kawan. wah enjoy dengan penyelidikan di pulau banggi tu.. ada yang lucu, sedih, takut, lagi....banyak perasaan yang timbul. paling penting pelajar-pelajar ansos adakah anda semua aplikasikan apa yang kita belajar?...hehe jadi bila kita mau buat diari pulau banggi.. hehe tahniah kepada semua..

Anonymous said...

paling tidak dapat dilupakan ialah melihat ada muka bertukar jadi hijau semasa perjalan datang ke pulau!

Anonymous said...

hehe omak laut lah tu...kalau tiada tu ombak..best perjalanan tu..kalau keadaan seperti masa kita pulang tu..best..masa datang p pulau banggi tu..macam tidak mau sampai saja kapal tu...hehe

Unknown said...

Paul, interesting blog u have.

Anonymous said...

ada kawan-kawan tak yang ambil peluang untuk belajar bahasa orang yang tinggal di pulau banggi?...hehe

ediah said...

tq for mr paul sebab bagi peluang kepada perlajar-pelajarnya untuk menyertai penyelidikan di p.banggi. pengelaman yang sangat bermakna buat kami pelajar-pelajar tahun akhir.... semoga rakan-rakan yang terlibat menganggap ia pengalaman yang berharga....

Anonymous said...

hi apa khbr kawan-kawan yang terlibat dalam penyelidikan? pernah terfikir apa perkembangan felcra di pulau banggi tu?...sampai mana sudah felcra majukan pulau tu ya?... he