December 11, 2008

Pengangkutan Siri 1


Kenderaan pacuan empat roda adalah kaedah pengangkutan yang penting di kawasan luar bandar di Sabah. Bagaimanapun rekabentuk kenderaan ini sebenarnya lebih sesuai untuk mengangkut barang-barang. Namun begitu, bagi masyarakat luar bandar, keselesaan perjalanan adalah perkara kedua. Paling penting ialah mereka sampai ke tempat yang dituju pada kadar yang paling cepat tanpa perlu berjalan kaki.

6 comments:

Anonymous said...

Betul itu Mr Paul. 4wd memang sesuai terutama di pedalaman sabah sarawak. Ianya pengangkutan utama dan keselesaan sememangnya diketepikan seketika. Beberapa model 4wd yang menjadi lagenda sehingga kini ialah Land Rover Defender series 1, 2 dan 110, suzuki jimny, daihatsu rocky, Land cruiser 1st series,jeep dan toyota hilux model awal 80an. Satu fakta menarik menurut BBC, land rover merupakan kenderaan pertama dilihat oleh 1/3 populasi manusia di seluruh dunia terutama semasa penjelajahan dan perang dunia pertama dan kedua. The greatest car of all times http://www.youtube.com/watch?v=J5yoKzatUkI

Anonymous said...

Sehingga 2007 terdapat lebih kurang 1.8 juta unit land rover defender termasuk dari series pertama, kedua dan 110. Daripada jumlah tersebut, 70% adalah masih digunakan terutama diluar bandar diseluruh dunia.

Paul Porodong said...

Fakta yang menarik mengenai Land Rover. Bapa saya memiliki satu Land Rover 110, 1970 yang sedang tersadai bawah rumah sejak dua tahun yang lepas. Engin (original!) masih berfungsi tetapi perlukan banyak pembaikan. Satu fakta menarik tentang land rover ini ialah, dia telah dipandu oleh seorang mubaligh daripada Germany hingga ke Singapura sebelum di bawa menaiki kapal ke Kota Kinabalu dan digunakan untuk kerja-kerja keagamaan dari tahun 1970 hingga sekarang. Bayangkan sebuah kenderaan yang dipandu begitu jauh tanpa sebarang pengubahsuaian, kemudian digunakan di jalan raya "Camel Trophy" Sabah pada era 70an dan 80an...sungguh menakjubkan.

Anonymous said...

Dear Mr. Paul.. This is my first time in your blog. I find it that your blog title is pretty interesting and looking forward to read your next posting. More posting about "Rungus" will be fine and I think many readers out there are interested to know more about rungus culture, livelihood and issues. Have a nice day and God bless you.

Anonymous said...

hebat juga pacuan kereta pacuan empat roda ni... seperti land rover.. satu lagi kereta yang popular di kawasan pedalaman ialah kereta jenis pick up.. kadang-kadang digunakan untuk mengangkut pelajar-pelajar pergi dan balik sekolah.. yang kasihannya,bila pergi sekolah ni, dari rumah pakaian bersih dan kemas tapi bila dah sampai sekolah, turun dari pick up, baju putih berubah warna jadi kuning dan rambut yang berwarna hitam pun jadi kuning hehe.. sebabnya jalan raya belum di aspal, di tambah lagi dengan kenderaan yang digunakan ( pick up)...apa pun yang perlu dilihat adalah semangat budak-budak dari pedalaman untuk ke sekolah.. bersyukurlah mereka yang mempunyai kenderaan tu berbanding dengan sesetengah pelajar yang berjalan kaki, berkilometer jauhnya hehe..

Anonymous said...

Hi Dr. Paul, Perkara ini sama berlaku di tempat saya iaitu di Tuaran. pengangkutan seperti pick up masih lagi releven terutama di Kg. Mengkabong ke Pekan Tuaran sehingga ke hari ini...