January 15, 2009

Pengangkutan Siri 2




Percaya atau tidak perahu kecil ini menggunakan mesin 'water pump' untuk memacu lelaki ini ke persekitaran laut yang ingin dikunjungi. Bot ini juga dikenali sebagai pump boat, sebuah alat pengangkutan yang pernah diharamkan penggunaannya satu ketika dahulu (masih lagi diharamkan rasanya) kerana keupayaan boat ini meluncur di kawasan air cetek. Kelebihan bot ini sering digunakan oleh penjenayah (penyeludup dan pengebom ikan) untuk melarikan diri dari pihak berkuasa.
Bagaimanapun di Pulau Banggi, bot ini adalah merupakan satu cara pengangkutan yang penting, bukan sahaja murah dari segi bahan api, tetapi ia juga menjimatkan dari segi penyenggaraan kerana water pump adalah tidak serumit enjin sangkut yang biasa digunakan untuk perahu-perahu kecil dan sederhana. Tambahan pula harga water pump adalah jauh lebih murah daripada enjin sangkut yang paling murah di pasaran.
Kos penyenggaraan yang rendah ini sangat membantu golongan berpendapatan rendah bukan sahaja untuk kemudahan pengangkutan tetapi juga menambahkan peluang mendapat rezeki perikanan. Ini menjadikan pengangkutan ini sangat popular. Jika pemasangan kipas (yang dibuat sendiri) dan kuasa enjin dapat dioptimumkan penggunaannya, bot ini boleh bergerak lebih laju daripada enjin sangkut yang mempunyai keupayaan kebuk yang sama dengan hanya menggunakan 2/5 daripada bahan api.
Satu kekurangan (atau kelebihan?) enjin water pump ialah, bunyi enjin terlalu kuat. Jika sumber bunyinya tidak diketahui oleh seseorang yang pertama kali mendengar bunyi pump boat pasti berfikir ada sebuah motorsikal Harley Davidson yang mengalami kerosakan ekzos sedang dibaiki di bengkel berdekatan. Apapun bunyi yang kuat ini memberi amaran kepada perahu-perahu besar apabila pump boat nak lalu!

6 comments:

Anonymous said...

Haha "Pump Boat". I think the idea of using water pump for the boat was initiated by Filipino. When is was travelling to many islands in Philipines, I saw many pump boat. Almost everyone has one. It is indeed useful and cheaper or affordable. I do not think the idea of banning pump boat is a good idea from the government.

Paul Porodong said...

You are right Sunduvan, goverment should come up with better (faster) pump boat to after the criminal instead of putting the lower income in unnecessary difficulties. Likewise, police should not ban fast car just because they can't catch up with it. Instead police should come up with faster car, better enforcement and of course better driver.

Anonymous said...

Exactly! That is one of the solution since I am sure the government has more money than the criminal. I am thinking of getting myself a pump boat as well. For some fishing trips.

http://freeblogreview.blogspot.com

Anonymous said...

pump boat.. good for transport but give effect with the marine life.. quiet noisy....

Anonymous said...

Pump boat antara insiatif untuk melansungkan kehidupan di Banggi. Saya kagum bagaimana mereka mengoptimumkan apa saja yang ada dan bagaimana mereka mengadaptasikan pengetahuan kehidupan tradisional dilautan untuk menghasilakan kejuruteraan kampung. Mungkin ada perkara yang boleh kita pelajari dari pengetahuan mereka ini. Saya tidak setuju kalau bot pump ini yang murah bagi mereka di haramkan sebab kalau enjin bot biasa memang mereka tidak mampu. Sebaliknya penguatkuasalah lah sepatutnya lebih terror dalam inovasi utk membanteras kegiatan bom ikan dan sebagainya.

stanley john suab said...
This comment has been removed by the author.