Di sini dipaparkan kedua-dua kaedah tersebut untuk memberikan peluang kepada para pembaca untuk membuat penilaian sendiri.
Kedua-dua gambar ini menunjukkan bagaimana pokok getah ditanam oleh pekebun kecil yang menggunakan kaedah tebang dan bakar (gambar atas), manakala gambar bawah pula ialah teknik yang digunakan oleh pekebun besar yang menggunakan kaedah tolak dan teres.
Adakah gambar ini sudah cukup untuk menjawap persoalan ini atau perlukan kita melakukan ujian kadar hakisan dan pencemaran air?
2 comments:
Tanaman komersial semestinya memberikan lebih banyak impak negatif cuma positifnya kepada tauke ladang dia yg untung.Manakala tanaman secara tradisional tidak dinafikan telah berkurun2 dipraktiskan oleh nenek moyang pribumi ini tidak juga menyebabkan kemusnahan ekosistem flora fauna dan fizikal bumi. Saya ingat argument tentang 45darjah bukit tidak boleh tanam tanaman oleh pegawai pertanian semasa pembentangan di BMU satu ketika dulu. Saya senyum saja, sedangkan bapa saya sendiri pun tanam lada hitam di gunung sudah berpuluh- puluh tahun tidak juga gunung tu runtuh! Nonsense bah semua itu, maksud saya kaedah komersial tidak dpt menyaingi kepraktikalan kaedah tanaman tradisional. Ianya dua perkara yang berbeza. Ini kerana komersial mementingkan pengendalian tanaman yg ergonomik supaya keuntungan dimaksimumkan tapi tradisional tanaman di tanam untuk memberikan hasil dlm jangka masa yg panjang dan tidak intensif seperti komersial. Saya kesal melihat banyak tempat di bumi sabah ini dimana bukitnya telah ditoreh teres untuk komersial sawit dan sbgnya. Saya pernah melihat penanaman sawit di ulu membakut dan di beaufort. Sangat menyedihkan keadaah muka buminya tiada rupa sudah. Apalah ertinya semua itu kepada kita? Kenapa ianya berlaku? Apa yang kita rakyat dapat? Ramai orang asal di Sabah kehilangan tanah mereka kerana tanaman komersial ini. Pendek kata terlalu banyak implikasinya yg tidak dpt di ceritakan satu persatu. Secara peribadinya saya melihat bahawa tanaman komersial ini memang tiada gunanya diluaskan. Ibarat muka bumi ini akan kelihatan seperti karpet satu warna bila semuanya sawit, semuanya getah saja. Boringlah!
Seingat saya, kecerunan 45 darjah ditetapkan sebagai limit untuk membangunkan sesebuah kawasan atas alasan hakisan dan kemungkinan berlakunya tanah runtuh. Apa yang menjadi persoalan ialah, bagaimana kedudukan peraturan ini apabila pengusaha melaburkan sejumlah wang untuk meratakan (seperti meneres) kawasan yang cerun ini? Secara teknikalnya, tanaman ityu kini di tanam di kawasan yang "rata".
Kaedah teresan juga dikatakan sebagai satu kaedah pencegahan atau pengurangan hakisan. Tapi teknik ini kelihatan sangat jelas menyumbang kepada hakisan.
Saya perlukan comments dari ahli geografi fizikal.
Post a Comment