September 23, 2008

Asrama Desa


Sepintas lalu, gambar ini adalah satu pemandangan yang tidak asing di banyak kawasan setinggan di negara kita. Namun ini bukan setinggan biasa.
Di sebalik rumah-rumah ini, terdapat sebuah sekolah rendah. Rumah-rumah 'setinggan' ini sebenarnya telah dibina oleh orang-orang kampung yang tinggal jauh dari sekolah rendah ini untuk membolehkan anak-anak mereka bersekolah tanpa perlu berulang alik ke rumah sebenar mereka yang terletak berbatu-batu jauhnya.
Ibubapa akan melawat anak mereka mungkin sekali seminggu atau anak-anak mereka yang akan pulang setiap hujung minggu untuk mengangkut bekalan untuk minggu seterusnya. Ahli-ahli keluarga yang lebih dewasa pula bersilih ganti menjaga pelajar-pelajar ini. Terdapat juga kampung bersebelahan sekolah ini yang turut digunakan untuk menumpangkan pelajar-pelajar yang mempunyai saudara mara di kampung tersebut.
Adalah menarik untuk mengkaji apakah bentuk sokongan keluarga yang diberikan kepada pelajar-pelajar ini? Apakah kesan persekitaran begini kepada motivasi pembelajaran pelajar-pelajar? Apakah kadar keciciran atau/dan kadar pelajar ini memasuki IPT berbanding dengan rakan-rakan mereka yang mempunyai kemudahan asrama atau tinggal dengan ibubapa masing-masing?
Sesiapa yang berminat, sila hubungi saya untuk lokasi fenomena ini.

4 comments:

jennifer y said...

tempatnya dimana ni en paul?...generasi muda perlu diberikan pendidikan dengan baik kerana merekalah bakal peneraju masa depan... saya tertanya-tanya bagaimana tahap pengetahuan yang mereka perolehi melalui saluran pendidikan yang diberikan...bagaimana dengan bakal guru-guru adakah mereka sanggup berkhidmat dan memberikan yang terbaik kepada kanak-kanak ini..

jennifer y said...

boleh kah kita buka mata pihak berkenaan untuk membantu penduduk ini...terutama budak-budak...

Anonymous said...

Bagaimana sikap dan motivasi guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman? Itu juga boleh menjadi satu tajuk penyelidikan. Mungkin pelajar-pelajar dalam jurusan pendidikan telah membuat penyelidikan ini. So elok pastikan dulu perkara ini sebelum memulakan penyelidikan supaya anda boleh menyambung atau menambah penemuan mereka...bukan mengulang!

InternetMoney said...

Mr. Paul,

My name is Cornelius and I'm working with Grace Revival Community Services Berhad. Can you email me more about this place? email me at kingdomfinancer [at] gmail.com...replace [at] with @. Thanks.