September 22, 2008

Peranan Kanak-kanak dalam masyarakat petani

Salah satu fokus kajian Durkheim ialah Division of Labour atau pembahagian kerja dalam masyarakat. Biasanya, apabila isu pembahagian kerja dalam masyarakat diperkatakan, isu seperti peranan gender (antara lelaki dan perempuan) menjadi persoalan utama. Pembahagian kerja antara generasi juga kerap disebut, khususnya peranan orang-orang tua dalam keluarga luas (extended family) dalam memberikan penjagaan kepada anak-anak (cucu) ibubapa yang bekerja di ladang. Peranan kanak-kanak dalam survival keluarga juga sebenarnya sangat penting lebih-lebih lagi apabila usia kanak-kanak semakin dewasa dan lebih bersedia memikul tanggungjawab yang diserahkan kepada mereka. kanak-kanak di luar bandar umumnya mempunyai tahap penerimaan tanggungjawab yang lebih cepat berbanding dengan rakan-rakan mereka di bandar. Oleh itu, peranan kanak-kanak dalam keluarga adalah menarik untuk dikaji.



Apakah bentuk-bentuk tanggungjawab yang diserahkan kepada mereka? Bagaimana mereka menjalankan tanggungjawab tersebut? Adakah pengaruh gender mempunyai kesan ke atas penyerahan/penerimaan tanggungjawab ini?

No comments: