September 23, 2008

Hantaran Kayu Api?


Semasa memandu dari Tenom ke Sipitang melalui jalanraya yang baru dibuka, saya melalui struktur ini di hadapan sebuah rumah di sebuah perkampungan Orang Lundayeh. Struktur ini rupanya kayu api yang disusun sedemikian rupa hingga membentuk sebuah pintu gerbang yang saya rasa akan menjadi laluan orang ramai mungkin termasuk pengantin juga ke rumah pengantin perempuan. Saya diberitahu, kayu api ini dibekalkan oleh keluarga lelaki dan dibina di hadapan rumah pengantin perempuan beberapa hari sebelum tarikh perkahwinan. Apa sebenarnya tujuan dan maksud simbolik struktur ini? Adakah amalan ini masih berleluasa pada hari ini? Kalau tidak, apa perubahan yang telah berlaku? Apa pun jawapannya, saya tertunggu-tunggu penyelidikan yang nak menyiasat perkara ini lebih lanjut.

No comments: