September 22, 2008

Perubahan Amalan Gotong Royong: Kajian Kes Di Kalangan Masyarakat Petani Pindah


Gotong Royong adalah satu bentuk pertukaran tenaga yang telah

diamalkan di kalangan masyarakat luar bandar. Dalam masyarakat petani pindah, gotong royong digunakan untuk meringankan beban kerja antara satu sama lain. Namun begitu makna gotong royong sebenarnya tidak terhad kepada peranan ekonomi sahaja. Gotong royong juga menguatkan institusi hidup bermasyarakat. Namun demikian, pendedahan masyarakat luar bandar kepada teknologi dan pasaran telah menyebabkan amalan bergotong royong semakin pudar. Kini tidak ada lagi tenaga yang diberikan secara percuma. Tenga manusia secara perlahan-lahan bertukar menjadi satu komoditi. Selain itu, penggunaan input lain seperti racun rumpai dan chain saw dalam amalan pertanian pindah. racun rumpai perlu dibeli, dan chain saw pula perlu di sewa atau dibekalkan dengan bahan api.

Apakah kesan pasaran dan teknologi keatas institusi gotong royong? Apa pula kesan terhakisnya amalan ini terhadap masyarakat?

1 comment:

jennifer y said...

gotong-royong memeng best..menunjukkan ikatan dalam hidup bermasyarakat terutama masyarakat yang tinggal di luar bandar..tapii... sekarang mungkinkah penduduk kampung beralih ke arah pentingkan diri sendiri.. semuanya mahu bekerja di dengan syarikat-syarikat atau makan gaji...malas untuk bertani, atau malas untuk bercampur dengan orang kampung yang lain kerana isbat sosial?.....kesannya....apa-apa pun berlaku di dalam kampung hanya diketahui oleh orang persendirian sahaja....semuanya ingin mengejar kemewahan dalam dunia yang serba moden...sayangnya jika amalan gotong-royong semakin terhakis.....