September 23, 2008

Tanaman Komersil dengan Teknik Tradisional


Teknik pertanian tradsional seringkali dikaitkan dengan masalah untuk disesuaikan dengan keperluan tanaman komersil. Justeru itu ada pandangan yang menyarankan supaya apabila tanaman komersil diperkenalkan, maka teknik pertanian moden juga harus digunakan.
Gambar ini menunjukkan bahawa saranan ini tidak seharusnya harus berlaku. Di sini, teknik pertanian pindah yang melibatkan kerja penebangan dan pembakaran untuk tujuan penanaman padi bukit; telah digunakan sepenuhnya untuk tujuan penanaman pokok getah. Amalan yang biasa dilakukan untuk penanaman pokok getah di kawasn berbukit ialah, meneres lereng bukit sebelum pokok getah di tanam. Teknik meneres ini bukan sahaja memerlukan input modal dan teknologi yang tinggi, ia juga mendatangkan masalah hakisan tanah dan seterusnya mencemarkan sungai. Lagipun, membawa masuk jentera untuk meneres bukit adalah tidak praktikal untuk pekebun-pekebun kecil yang jauh daripada kemudahan jalanraya. Teknik tradisional yang digunakan di sini adalah satu bukti jelas bahawa, masyarakat luar bandar juga cukup rasional untuk memilih pendekatan terbaik untuk mendapatkan hasil maksimum berdasarkan apa yang mereka ada.

No comments: